RSS
Showing posts with label resipi aku. Show all posts
Showing posts with label resipi aku. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Kek Coklat

Bahan2 yg diperlukan:
Untuk Kek
1/2 cawan minyak masak
(butter juga blh digunakan)
3 biji telur

180gm tepung kek

100gm serbuk coklat (bergantung)

10gm barking powder

1 cawan gula kastor
1 tin susu cair

1 sudu teh esen vanila

Untuk Coklat Luaran
1 sudu besar butter
7 sudu besar serbuk coklat (coklat masakan juga blh digunakan)

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu teh esen vanila

1 cawan air
5 sudu gula

~Sekadar gambar hiasan~
Cara2nya:~ Untuk kek: pukul gula kastor bersama2 minyak masak sehingga sebati,kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga adunan bnar2 kembang... masukkan tepung kek dan serbuk coklat,kacau lg...akhir sekali masukkan susu cair,banking powder dan esen vanila dan kacau sehingga bnar2 sebati dan kembang... bakar pada suhu 200'c selama 20-25minit..(ketepikan)

untuk coklat lapisan luar: cairkan gula bersama2 butter...selepas itu masukkan air,esen vanila,serbuk coklat dan tepung jagung...kacau sehingga benar2 likat...sejukkan..kemudian bolehlah disapukan ke atas kek..!!
*untuk rasa yg lebih sedap blehlah msukkan kek ke dlm peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan...!!!

Saturday, June 26, 2010

LAKSA PENANG

~Laksa Penang Eja~

Bahan-Bahan Kasar:
2 1/2 kg Laksa
1 biji nenas
3 btg lada merah besar
10 biji asam limau
6 biji telur
20 helai daun salad

Bahan-Bahan Untuk Kuah:
1kg ikan selayang/kembung (direbus bersama asam keping,lengkuas,halia dan garam kasam)
4 kuntum bunga gantang
2 ikat daun kesum
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 keping asam keping
15 btg cili kering
5 btg cili padi
5 btg cili merah
5 inci halia
sedikit belacan
sedikit minyak (untuk menumis)
air untuk kuah
garam,gula secukup rasa

Cara-caranya:
~balander ikan yg telah direbus bersama2 tulang2 sekali,tetapi airnya jgn dibuang...ketepikan dulu..!!!
~kemudian blander bawang merah,bawang putih,cili kering,cili padi,cili merah dan halia sehingga benar-benar hancur.
~tumis bahan yg telah diblander itu sehingga naik bau dan kemudian masukkan asam keping dan ikan yg telah diblander.
~tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan air rebusan ikan td,dan sekiranya inginkan kuah yg lebih boleh masukkan lebih banyak air.
~kemudiannya masukkan bunga gantang dan daun kesum.
~akhir sekali masukkan belacan,garam dan gula secukupnya.
~siap utk dihidangkan bersama2 bahan kasar di atas..!!

*selamat mencuba...!!!!




BISKUT KELAPA

~biskut kelapa joeja~

Bahan-bahannya:
180gm butter
180gm gula aising
200gm tepung gandum (sekiranya aduan sedikit lembik,boleh ditambah mengikut keperluan)
3 biji telur
100gm serbuk kelapa
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara-caranya:
1) pukul gula aising dengan butter sehingga kembang,
2) kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji,kacau aduan sehingga sebati..
3) masukkan pula tepung dan serbuk kelapa sehingga aduan menjadi doh
4) akhir sekali masukkan esen vanila bersama tepung jagung.
5) bentuk boleh dibuat mengikut kesukaan,bakar pada suhu 200'c selama 2ominit
6) sedia untuk dihidangkan...

selamat mencuba!!!!

 
Copyright joeja selamanya 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .