RSS

Tuesday, June 29, 2010

Berderat Menghilangkan Stress


hari tu hari jumaat,sy ngn kekawan satu opis dh plan awal2 lg nk habiskan waktu rehat 2jam di kbmall..sesekali bila window shopping mmg best...hilang stress di
kepala...!! segala bebanan kerja rasa terurai bgitu je..

sekali sekala bila dpt kuar ngn lepak bersama kwan2 gni xrasa pun macam sy ni dh kawin (koya anak dara) padahal sy dh ade anak dh... hahahhaa...

hari tu ktorg makan nasi ayam kat 'rasamas' erm sy rasa lg best nasi ayam kat 'chiken rice shop'... ayamnya,nasinya... mmg berbeza..!! sebut soal makan ni sy dh pun selesai breaklunch... pdek kata 2 dlm 1...mlm ni plak laa jmpa nasinya... huhuhuh..
teringinnya nk makan masakan ma..rindu..!!!

Kek Coklat

Bahan2 yg diperlukan:
Untuk Kek
1/2 cawan minyak masak
(butter juga blh digunakan)
3 biji telur

180gm tepung kek

100gm serbuk coklat (bergantung)

10gm barking powder

1 cawan gula kastor
1 tin susu cair

1 sudu teh esen vanila

Untuk Coklat Luaran
1 sudu besar butter
7 sudu besar serbuk coklat (coklat masakan juga blh digunakan)

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu teh esen vanila

1 cawan air
5 sudu gula

~Sekadar gambar hiasan~
Cara2nya:~ Untuk kek: pukul gula kastor bersama2 minyak masak sehingga sebati,kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga adunan bnar2 kembang... masukkan tepung kek dan serbuk coklat,kacau lg...akhir sekali masukkan susu cair,banking powder dan esen vanila dan kacau sehingga bnar2 sebati dan kembang... bakar pada suhu 200'c selama 20-25minit..(ketepikan)

untuk coklat lapisan luar: cairkan gula bersama2 butter...selepas itu masukkan air,esen vanila,serbuk coklat dan tepung jagung...kacau sehingga benar2 likat...sejukkan..kemudian bolehlah disapukan ke atas kek..!!
*untuk rasa yg lebih sedap blehlah msukkan kek ke dlm peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan...!!!

Monday, June 28, 2010

Pertandingan Bayi Comel..

Pertandingan Bayi Fotogenik Anjuran Kbmall,percubaan pertama maira dlm pertandingan yg melibatkan kanak2 berusia 1bln hingga 3thn..sesekali bila sy memberi peluang kpdnya utk menyertai pertandingan sebegini sy sdiri bangga apabila melihat dia mampu memberikan aksi yg menarik di depan kamera,selain itu dia jgk berpeluang mencari pengalaman berhadapan dgn orang ramai...nilah antara aksi2 maira ketika fisrt pencubaan dia dulu,walaupun dia tak menang tp sy tau dia telah cuba yg terbaik..
Ini pula gambar ketika pencubaan pertama maira dlm Pertandingan Bayi Comel Anjuran Pantai Timur,Pasaraya Ceria & Billion..gambar ni diambil ketika dia mengantuk sgt2,namun biarpun dlm keadaan mengantuk tp dia still lg boleh tersenyum.."maira..maira..mama bangga ngan adik.."!!

Ini plak percubaan keduanya dlm pertandingan yg sama,result
pertandingan ni akan dibagitau selepas 30 jun 2010..
ade rezeki menanglah
dia...!! tp persaingan pertandingan punyalah sengit sbbnya selain ianya anjuran 3 shopping complex di seluruh Kelantan,ianya juga terbuka selama 3bln..so ramai sgt2 baby yg lawa menyertai pertandingan ini...yg pasti sy akan doakan yg terbaik buat dirinya...Maira..maira..!!

Ni plak gambar dia ketika Pertandingan Bayi Comel Anjuran Tesco..Pertandingan ini baru je bermula pada 11 Mei 2010 lalu.Result pertandingan ini akan diumumkan pada 12 Jun 2010...time ni sy sebenarnya x plan pun nk ambik dia untuk masuk pertandingan,tp sbb resit pembelian di tesco melebihi rm50 so dptlah ambik gambar secara percuma..xkena byar ape2 pun..abg kameraman tu baik hati lg bila memberikan sy satu keping gmbar maira secara percuma..Thanks..!!

Ni laa gambar maira yg diberi secara percuma utk kenangan sy...yg pastinya gmbar ni akan sy albumkan dlm frame...nnti bila maira dh bsar dia bleh aje lihat gmbar2 dia ketika menyertai pertandingan bayi..!! gambr dia beraksi dgn
kelakar dan mencuit hati mamanya ini...




gambar ini baru aje diambil semalam,pertandingan bayi
comel yg still lg berlangsung di Tesco...sambil2 ke Tesco utk membeli
belah rasanya tak salah sekiranya sy memberi maira peluang ke2 utk dia mencuba sekali lg..tp semlm first time
maira bgitu sukar utk diambil gambar...mybe sbb papanya tiada utk memberi sokongan so maira x bermaya utk beraksi...
utk buat dia tersenyum semlm punyalah susah...adui...!!! tp xpelah atleast dia try gak..!! semoga Allah SWT akan memurahkan rezekinya..!! tp yg sy frustnya bila dia dlm keta on the way blik bukan main hepi plak dia...mulut tu xbhenti je "ngomong" bhasanya.. haahhaha... "anak mama ni macam2 laa.." !!!



Sunday, June 27, 2010

Kisah Dulu2..!!

Nur Maira Adelia Binti Mohd Johari,ni laa anak sy dan joe...!!! tak sangka jodoh antara sy ng joe berpanjangan apabila percintaan yg bermula semasa semester 2 berkekalan hingga ke hari ini.. syukur alhmadulillah...kdg2 kelakar je bila tringat saat2 sy mula mengorat joe dulu... siapa sangka pandangan pertama dan usaha sy yg sdikit akhirnya membuahkan hasil yg lumayan...

kepada mereka2 yg pernah mengenali kami sure diorang tau kisah percintaan kami di PKB dulu.. mmg bnyak btul cabaran & rintangannya..pling pnting sy ng joe setia pertahankan hubungan kami... dan maira hari ni dh berusia 1thn 1bln..kejap je rasa masa itu berlalu meninggalkan kita...!! syukur percintaan sy dan joe dh hmpir melangkah kethn kelima...!! semoga Allah SWT mengekalkan hubungan ini sehingga akhir hayat kami..!!!



Ada org kate muka maira macam sy,dan ade juga yg kata muka maira seiras joe..tp xkisah pun maira iras wajah mamanya or papanya yg penting maira lahir dari rasa cinta antara kami berdua... kami bangga memiliki anak seperti maira...!!! maira,mama ng papa cyang maira sgt2..!!

Saturday, June 26, 2010

LAKSA PENANG

~Laksa Penang Eja~

Bahan-Bahan Kasar:
2 1/2 kg Laksa
1 biji nenas
3 btg lada merah besar
10 biji asam limau
6 biji telur
20 helai daun salad

Bahan-Bahan Untuk Kuah:
1kg ikan selayang/kembung (direbus bersama asam keping,lengkuas,halia dan garam kasam)
4 kuntum bunga gantang
2 ikat daun kesum
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 keping asam keping
15 btg cili kering
5 btg cili padi
5 btg cili merah
5 inci halia
sedikit belacan
sedikit minyak (untuk menumis)
air untuk kuah
garam,gula secukup rasa

Cara-caranya:
~balander ikan yg telah direbus bersama2 tulang2 sekali,tetapi airnya jgn dibuang...ketepikan dulu..!!!
~kemudian blander bawang merah,bawang putih,cili kering,cili padi,cili merah dan halia sehingga benar-benar hancur.
~tumis bahan yg telah diblander itu sehingga naik bau dan kemudian masukkan asam keping dan ikan yg telah diblander.
~tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan air rebusan ikan td,dan sekiranya inginkan kuah yg lebih boleh masukkan lebih banyak air.
~kemudiannya masukkan bunga gantang dan daun kesum.
~akhir sekali masukkan belacan,garam dan gula secukupnya.
~siap utk dihidangkan bersama2 bahan kasar di atas..!!

*selamat mencuba...!!!!




BISKUT KELAPA

~biskut kelapa joeja~

Bahan-bahannya:
180gm butter
180gm gula aising
200gm tepung gandum (sekiranya aduan sedikit lembik,boleh ditambah mengikut keperluan)
3 biji telur
100gm serbuk kelapa
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara-caranya:
1) pukul gula aising dengan butter sehingga kembang,
2) kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji,kacau aduan sehingga sebati..
3) masukkan pula tepung dan serbuk kelapa sehingga aduan menjadi doh
4) akhir sekali masukkan esen vanila bersama tepung jagung.
5) bentuk boleh dibuat mengikut kesukaan,bakar pada suhu 200'c selama 2ominit
6) sedia untuk dihidangkan...

selamat mencuba!!!!

puisi buat abang

Abg,suatu ketika dulu takdir telah menemukan kita,
memberi kita peluang untuk berkenalan dan berkawan,
dan akhirnya usaha yg sedikit,membuahkan hasil yg lumayan,
ternyata percaturan syg tidak silap,
abg bkn sahaja kawan yg baik,
malah abg mampu menjadi teman dan sahabat sejati.

abg,biarpun spanjang hubungan kita diduga dgn pelbgai cubaan,
namun kita tabah menghadapi segalanya,
paling penting abg setia dengan cinta dan janji abg,
abg tidak pernah biarkan syg terkapai2 sendiri,
kerana abglah syg mampu menjadi kuat seperti sekarang,
kerna abglah syg tabah menghadapi segalanya...

abg,terima kasih untuk segala yg pernah abg lakukan untuk syg,
ternyata syg begitu bertuah memiliki abg sebagai pelengkap kehidupan syg,
syg beruntung memiliki cinta abg,
abg,maaf kerana syg mngkin xberjaya menjadi isteri yg terbaik buat abg,
maaf kerana syg mungkin juga xberjaya memahami abg,
maafkan syg abg...

abg,semoga rumahtangga kita akan kekal selamanya,
semoga Allah SWT takkan menguji hubungan kita dgn dugaan yg berat,
dan semoga maira mampu menjadi pengikat cinta antara kita,
semoga cinta kita kekal sehingga akhir hayat...InsyaAllah..!!

Tuesday, June 22, 2010

dugaan oh dugaan

dugaan oh dugaan,
setiap kali kau muncul,
ketabahanku selalu diuji,
ksabaranku sering didugai...

dugaan oh dugaan,
kdgkala aku rasa ku
tak tertanggung utk menangung bebanmu,
tak tertahan utk menahan kejatuhanku,

dugaan oh dugaan
kuatkah aku untuk menanggung semua ni,
mampukah aku untuk menghadapi dugaan ini,
tabahkahlah imanku,perkuatkanlah kesabaran ku,

dugaan oh dugaan,
munculnya dikau menjadikah aku insan yg tabah,
menjadikah aku insan yg kuat,
menjadikah aku insan yg mengenal erti kehidupan sebenar..

Thursday, June 17, 2010

Kawan,Teman & Sahabat

Dila & Eja
Noor Adila Bt Ismail adalah teman sy shingga kini..persahabatan kami bermula seawal darjah2 lagi apabila kami selalu ditempatkan di dlm kelas yg sama dengannya...tidak susah utk memahaminya,tidak sukar utk menjadi temannya...sy senang sekali mnjadi salah seorang temannya,menjadi tempat utk dia bercerita,mnjadi dahan utk dia berpaut...pling pnting dia juga memahami sy,juga mjadi tmpat utk sy mengadu...walaupun ktika form4 dan form5 kami masing2 berlainan geng namun semua itu tidak menjadi halangan utk kami trus mesra sebagai teman. Kini kami sama2 dh mnjadi isteri..masing2 cuba blaja mnjadi isteri dan ibu yg baik.. jodoh sy sampai dahulu,iaitu pada 04 dis 2008 dan dialah antara orang yg sanggup bersusah pyah menjayakan majlis sy... terima kasih dila..!!! setahun lps sy berkahwin alhamdulillah serunya sampai & dia menamtkan zaman daranya pd 28 nov 2009...Semoga dikau kekal menjadi temanku sehingga mati,dila..!!!

Aimee,Shazana,Linda(mendukung Maira) & Eja
Aimee Maziah Bt Abdullah~ Sahabat yg baik utk sy,selalu berkongsi rasa,berkongsi rahsia dan berkongsi pendapat...seorang yg manja,mudah mesra dan memahami...perkenalan bermula semasa form4 ketika kami sama2 ditempatkan di dalam kelas aliran sains It...sy menyenangi perilakunya, myayanginya..dan selalu berdoa yg terbaik buat dirinya... selepas SPM kami mengambil jurusan yg sama walaupun berlainan IPTA..itu bermakna kami punyai citarasa dan minat yg sama...shingga kini dia masih lg mymbung pengajiannya...!!! Luv Aimee..!

Noor Maslidaini Bt Mohamed~ Seorang lagi yg sy anggap sebagai sahabat,namun kini kesibukkan mencipta kehidupan menyebabkan kami jarang berjmpa dan dapat luangkan masa bersama...seorang yg peramah,mudah didekati dan sporting...!! Merupakan sahabat yg baik walaupun perkenalan hnya bermula ketika form4, dia juga pendengar yg baik,tmpat yg pling baik utk sy dapatkan pendapat...!! kini telah bekerja di KL selepas bjaya mendapatkan sgulung ijazah di UITM...syabas Lin..semoga pahni jd isteri ng ibu plak..!!

Nor Shazana Bt Zainuddin~ Adakah dia kawan yg ade ketika senang dan hilang ketika susah??? sehingga kini tidak bnyak sy ketahui tentang dia..berkwan rapat ketika form3-form5 sdikitpun tidak memberi kelebihan utk sy memahami dirinya..Kini dia semakin mengasingkan diri,ntah apalah khabar dirinya skg...Zana,rindu awk...!!! Meh ah lepak ng kami lagi..!!! jgn menyembunyikan diri dan trus menyembungikan diri..!!

Eja,Ily & Nana
Nurul Ily Bt Azmi~merupakan seorang sahabat yg baik,pendengar yg baik namun kadang2 keras kepalanya dan selalu ingin menang membuatkan sy dan nana lbih suka mengalah.. seorang yg bijak dlm pelajaran...sepanjang 3 thn tinggal sebilik rasanya kami belum pernah bergaduh..klau sekadar terasa hati itu biasa2 adalah... dia bnyak membantu sy dlm pelajaran..tidak kedekut..dan pling pnting apa yg kami ada kami kongsi,klau xde buat2 ada...hahahaha...!!! pada 8 mei 2010 dia dah selamat mnjadi ibu kpd Mohd Adam Irsyad...ternyata jodohnya dgn Ashraf telah ditentukan...walaupun zaman di Poli dia antara pelajar yg diminati namun sy kagum dgn cintanya...ternyata dlm kedegilannya dia seorang yg setia...!!!

Nur Diana Bt Marzuki~ sepanjang tempoh 3 thn di poli dialah insan yg pling rapat denganku... kami selalu berkongsi rahsia,berkongsi rasa...dialah tmpat sy meluahkan perasaan...meminta pendapat..bagi sy dia seorang yg cukup baik dlm persahabatan...selalu mengalah,namun kdg2 sikapnya itu buatkan org lain suka mengambil kesempatan ke atasnya... kalau dlm bab bercinta sy rasa dia xlah sesetia ily...dia suka main2...nakalnya mengalahkan bdk yg umurnya 3,4thn..!!
hahahahaah...tp apepun dia still yg terbaik...! cuma kini bila sy ngn ily dh jd mama sy rasa nana semakin menjauh,seolah2 dia cuba membawa diri...!! apatah lg komitmen dia kerja di KL buatkan dia bertambah2 laa cbuk...nk contct sy pun dh ssah...kalau blh nk je hbungan kami still macam dulu2...! rindunya pada nana,ily...! na blik laa melepak ngan aku dan ily...miss you..!

Aeyda,Fariha,Aida & Eja (Semasa Majlis Kahwin Amy)

Amy,Eja,Aeyda & Fariha
Kini sy dah melangkah ke alam pekerjaan... ni antara mereka2 yg kamceng ng sy di AZZ Marketing..kami smua berlainan department..sy (Promosi/Penerangan),Fariha(Resit),Aeyda (Sumber Manusia),Amy (Keuntungan Pemilik) dan Aida (Jualan)..perangai yg pelbagai membolehkan kami memjadi teman...

Siti Ruhaida Bt Che Daud memiliki perangai yg lebih kurang macam sy... peramah,mesra alam dan yg pasti bercakap bnyak..namun bgi sy semua itu adalah kelebihan apatah lg menjadi kerani sumber manusia mmg perlu laa kita mesra...tp dia kdg2 cerewet gak,hahahaha....klau dia nk macamni, mcmni laa dia kena dapat...tp bg aku semua itu bknlah masalah dlm mnjalinkan pershbatan...ade insan lain yg lg buruk keperibadiannya...,lu pk laa sdiri...

Amalia Bt Mohd Zin,seorang insan yg selalu mengalah. biarpun sikap itu mungkin satu kelebihan namun kdg2 perangai itu buatkan kami sakit hati bila dia slalu dibuli oleh mereka2 yg suka mengambil kesempatan ke atasnya,tp dia ikut je ape orang kate.... amy..amy..tp sebagai rakan sekerja kesian jgk kdg2 bila dia selalu je biarkan mereka2 yg beperangai bruk itu mengambil kesempatan ke atasnya...!!! nk je tolong tp lagi afdal kalau dia sdiri yg melawan...!!

Siti Fariha Bt Makhtar bakal menjadi ibu tak lama lg,dulu aku rasa dia seorang yg pendiam tp kini bila dh kenal dan berkawan dgnnya,dia xlah sependiam seperti yg sy sangkakan...peramah gak...!! seorang yg sy rasa mgkin lembut diluar tp di dalamnya dia seorang yg tegas... klau dia lembik je sure dia pun akan dibuli oleh mereka2 yg x beperikemanusiaan..!! semoga mjadi ibu yg terbaik...!!

Aida seorang yg peramah,gler2 dan suka membuat ulasan apabila bercakap...walaupun masih muda namun dia nampak sdikit matang dari usianya yg sebenar...seorang yg rajin dan berkomitmen dlm mjalankan tugasnya...!!!






Oh Antingku..!!

sekadar gambar hiasan
Semalam blik kerja sy bukak laa tdung macam biasa,tiba2 sy perasan yg anting2 sebelah kanan sy tak ade...apa lg mengelabah laa sy,rasa cemas sgt,nk nangis pun ada...mane taknya dulu sy nk dapatkannya bukanlah senang...emas plak tu...!!! lagipun apalah fungsinya anting2 yg sebelah kiri ni ada,andai yg sebelah kananya dh hilang...huhuhuhu...!!

sy yg xtau ape lg nk buat,kerana sy sdiri xleh ingt bila kali terakhir sy perasan anting2 itu still ade kat telinga...mgadu kat joe pun dia sdiri xdpt tolong...dgan frustnya symasuk ke bilik utk mandi,namun tetiba sy perasan ade something di atas katil...ya-Allah tiba2 sy tnampak anting2 sebelah kanan sy terdampar layu...hahahaha...Syukur kerana Allah mguji sy dgn dugaan yg kecil je...!!! mujur xsempat nangis...hehehehe...

Pantai Irama Bachok..!!!

Ni gambar masa on the way ke pantai irama bachok,smbil papa maira ngah drive mama plak cbuk je bergambar ngan maira...!! maira cute je...tp knape xnk senyum syg...???!! hehehe...


Sesekali bila dapat meluangkan masa bersama maira gni memang best sangat...!!! lg best klau dapat main air (mandi)..tp sbb xplan nk ke pantai irama bachok so x bawa laa baju..maira pun hnya sekadar dpt basuh kaki je...kesian anak mama,nnti lain kali kita g lagi ek...!!! nnti mama belikan adik pelampung sekali...cuti setiap isnin je mmg kdg2 xsmpt nk g ke mana2...bgun pg,kemas rumah,bsuh/jemur bju..n then kuar...mkn2,blik to'uban...so ptg dh..penat n blik rehat.. sampaikan mlm pun kdg2 xkuar dh..!! mmg cepatnya masa itu berlalu... mcm arini aku xsedar pun waktu lunch aku dh pukul5,asyik bnar aku mghadap komputer n blog ni...!!! so ingatny cuti minggu ni nk ajak joe g picnic,klau xdapat g pdana resort,g jeram linang pun jadilah...jnji aku ng maira dapat main air...hehehehe...!!!

maira perangai dia lebih kurang sama mcam joe,dia suka sgt main air...mama dia takut ckit ngan air..Maklumlah berenang pun xreti...!!! hahaha..tp aku suka je kalau maira ikut perangai joe kerana aku tahu joe pling sesuai utk maira jdkan contoh...!!!

ni time nk blik dh laa...maira pun dh kuyu matanya sbb nk tido..hah kalau bab tido maira mmg tiru perangai aku yg suka tido..(pantang ade masa free ckit,cnfirm tido..) semoga keluarga kami bahagia dan mendapat keredhaan dariNya selalu...insyaAllah..!!!

Kenangan Konvokesyen PKB 2009

hai,pastinya tajuk ini agak menarik utk dikongsikan..konvokesyen???semua yg blaja ingin menamatkan pengajian dgn jayanya...bgitu juga sy...walaupun hnya sekadar menamatkan pengajian di peringkat diploma namun sy bangga kerana sy bjaya menamatkan pengajian dgn jayanya...walaupun pernah di saat sy menghadapi kegagalan sy hmpir jatuh tersungkur namun sy bersyukur kerna adanya joe di saat2 sy perlukan dahan utk berpaut..


dulu ketika semester 2 sy pnah gagal subjek akaun,entahlah di mane silapnya...mungkin kerna tiadanya restu dari abah menyebabkan sy tidak mampu utk menumpukan sepenuh perhatian pda pelajaran.. mungkin jgk kerna sikap sambil lewa sy yg bnyak main2 dan bercinta.. hehehehe.. (gatal laa sy ni...)mujur laa kekuatan joe ketika itu bnyak membantu sy menghadapi kegagalan itu.. pling sy syukurkan bila saat2 hmpirnya tmat pengajian abah mula menerima keputusan sy blaja di politeknik...mybe sbb abah tahu andai kate sy mendengar katanya mengambil STPM sy sure xkan dapat ke U...(aliran sains form6 mmg susah..)


kini,sy dah pun bjaya mdapatkan segulung sijil biarpun hnya diploma nmun ternyata ianya berbaloi...pling pnting di poli jugalah sy menemukan jodoh dan cinta sejati sy... kekuatan,kegagalan,pengalaman segalanya bermula di sana... politeknik bnyak btul kenangan tercipta di sana.. 3 1/2 thn di sana mengajar sy pelbagai rasa...ade suka,duka,kecewa, gmbira...!!! hhahahaha... rindu kenangan bersama nana,ily,joe dulu... !! yg pastiny kini bila masa itu semakin berlalu manusia kebanyakkannya pasti akan berubah watak....!!! Ily dh selamat mnjdi ibu kepada Mohd Adam Irsyad,Nana still lg mencari..dan semoga Joeja sentiasa kekal selamanya...Nur Maira Adelia kini pangikat kasih syg kami berdua..!!!

Saturday, June 12, 2010

Kenangan Dulu & Kini


aku mula mengenali Mohd Johari Mohd Razali ketika kami sama2 berada di semester 2, berlainan kursus namun subjek law menemukan kami...first time pada 13/10/2005 aku melihatnya,aku mula jatuh hati...suka melihat raut wajahnya dan keperibadiannya... hampir seminggu aku meminatiny dlm diam aku bjaya mdaptkan phone numbernya... alhmdulillah salam perkenalan aku disambut baik olehnya...

19/11/2005 kami mula melangkah jauh dlm perhbungan apabila joe melamar aku menjadi keksihnya..btapa semacam x percaya apabila kalimat I LOVE YOU akhirnya dapat ku dgar daripada mulutnya sdiri...pelbagai dugaan kami tempuhi bersama...!! selepas bjaya mendpt diploma dlm bidang masing2 kami lebih selesa utk bekerja di tempat yg sama.. alhamdulillah,berkat kesabaran joe,ketabahan aku akhirnya pada 02/10/2008 kami mengambil keputusan utk bertunang...hahahaha,excited je aku wat persiapan time tu... bangga gler nk jd tunangan orang... gmbira,bhgia mmg bercmpur baur ah...!!!

selepas hampir 2bln mjadi tunangan joe,ternyata dugaan dlm perhubungan kami sdikit brat...pegaduhan & perselilihan faham kerap kali je berlaku.. benar laa kata org masa bertunangan laa kita kerap sekali diuji..perancangan utk bertunang selama sthn kami singkatkan kpd 2bln...syukur alhmadulilllah,keluarga kedua blah pihak memahami..


tanggal 04 Disember 2008 kami akhirnya disatukan dlm satu majlis kesyukran yg aku kira agak meriah..rombongan dari pengantin lelaki yg hmpir mencecah 150org membuatkan aku dan keluarga agak kalut menyambut...kelakarny je bila terkenangan saat itu...hahahaha...

14 feb 2009,berita yg paling gmbira aku kira apabila aku disahkan mengandung...!! walaupun ralat seketika kerana aku rasakan diri blum sedia utk memikul tnggngjwab sbgai ibu nmun aku trima rezeki Allah dgn gembira...mengidam??? first benda yg aku rasa tringin nk mkn ialah sambal tumis bilis bersama petai...berminggu2 ku jaga kandunganku sebaik namun kuasa Allah SWT menntukan segalanya...kandunganku yg berusia 28minggu trpksa dilahirkan scra pksa rela kerna kecuaian ku...!!! Syukur alhmdullillah kuasa tuhan mrubah sgalanya...

07 Jun 2008,NUR MAIRA ADELIA dilahirkan dgn bntuan ubat dan teknolongi kini...walupn beratnya skadar 2kg namun aku trima sgala yg ditentukan dgn tabah...syukur maira lahir tnpa ade cacat celanya...


kini 07 Jun 2010 Maira membesar menjadi bayi yg sihat dah lawa...!! maira kesayangan mama...dh sethn usianya...semoga maira akan trus mbesar mjdi bby yg comel,cute n sihat sentiasa... mama,papa sygkan maira...1!!!!

13 jun 2010

hari ni mood aku baek semacam je...kenapa ek..?? mybe sbb aku xde problem n hubungan aku ng joe pun xde masalah...Kenduri..??? mjur gak arini xde sebrang undangan,kalau x jenuh jgk aku nk bekejar ke sana ke sini bgi memenuhi jemputan...kalau mereka yg arif mengenali aku sure diorang tau yg aku xberapa minat utk pergi ke tmpat org ramai...!! sbb tu kalau time raya dulu2 aku lebih suka menunggu org dtg ke rumah daripada aku berjalan ke rumah org... huhuhuhu,... tp tu semua perangai dulu sbbnya skg bila kita dh berkahwin kita kenalah sentiasa ikut ke mana shaja suami pergi...!!! joe plak suka berjalan so aku pun secara x langsung kenalah ikutlah sekali...!!!

dah lama rasanya aku,joe ng maira x makan angin..teringinnya nk ajak joe ke bukit fraser...kota tinggi pun lawa...!!! tp actually aku xkisah pun ke mana,jnji aku dapat menghabiskan masa bersama joe dan mampu meluangkan lebih masa bersama maira... maira mama syg kamu sgt2...tp kesibukkan bekerja skg ni mybe x membolehkan joe utk ambil cuti n bawa aku & maira berjalan2...frustnya...!!!! namun harapan aku utk hari ni dan hari2 yg mendtg semoga Allah SWT memberikan aku rezeki yg berpanjngan dan kebhgiaan hidup sehingga mati...!!! Abg,syg abg selamanya...utk maira,mama sygkan kamu lebih daripada ape yg kamu blh jangkakan...!!!

Friday, June 11, 2010

luahan dari hati...

susahnya bila kemarahan itu tidak dapat diluahkan,susahnya bila setiap ketidakpuasan hati itu tidak dapat dijelaskan,susahnya bila kepercayaan itu dinodai,susahnya bila ketidakfahaman itu utk dimengerti...susahnya hidup bila tiada insan disisi,susahnya hidup bila diri tidak dicintai,susahnya hidup bila ada yg dengki...!!!

kadang kala bukan semua yg kite impikan kita akan dapat,bukan semua yg kita mimpikan akan tercapai...perhubungan sesama manusia sentiasa ade pasang surutnya,, kadang kala kite bhgia,kadang kala kite berselisih faham,bertentangan pendapat,namun semua itu mematangkan fikiran,menyelami perasaan pasangan... dan perluny teman ketika kita bersedih,ketika kita berduka...dan juga ketika kita bahgia...!!!

kadang2 ape yg kite nmpak bknlah hakikat yg sebenar...bkn juga kenyataan yg betul utk dinilai..malah kekayaan seseorang tidak perlu diukur daripada harta wang ringgitnya... tetapi kekayaan yg sebenar bila iman itu semakin menebal,bila kebaikan itu tiada batasan dan bila keperibadian diri mengagumkan..!!

dalam setiap perhubungan tidak kira suami isteri,sepasang kekasih @ teman Allah selalu menitipkan kita dugaan..memberikan kita sedikit cubaan...walaupun mungkin dugaan itu hnya dugaan yg kecil,dan mungkin juga kita diduga dgn dugaan yg besar namun yg pasti kadang kala kita rasa kita tak tertanggung utk menanggung bebannya...!!!

"xda makna jika seorang isteri tak dapat melayan kehendak suaminya,xda makna
jika seorang isteri xleh memasak utk suaminya,xde makna jika seorang
isteri xmemahami suaminya,xde makna seorang isteri jika tidak m'taati
suaminya,xde makna seorang isteri jika mencurangi suaminya,x bermakna
...seorang isteri jika tak memiliki cinta kekal suaminya.."

Oh C.I.N.T.A....!!!

kenangan tetap kenangan,semakin masa itu berlalu semakin kenangan itu mula bertukar mjd sejarah silam... sejarah yg kdg2 dilupakan & sejarah yg kdgkala harus trus diingati...!!! kenangan yg mengingati kita kpd insan yg telah pergi,mengingati hati yg pernah disakiti,merindui kenangan bersama tmn2 sejati...


oh alangkah indahnya kehidupan andai masa dapat diundurkan kembali...!!! alangkah indahnya hidup jika cinta kita selalu dihargai...namun aku percaya tnpa kegagalan mane mungkin akan ade kejayaan dan kebhagiaan...mane mungkin Allah SWT menganugerahkan sy suami peyayang dan anak yg comel tnpa menduga sy sbgai hambanya terlebih dahulu...syukur alhamdullillh Allah SWT kerana mengkurniakan aku suami yg sebaik dan sesabar MOHD JOHARI,terima kasih Allah SWT kerana memberikan sy zuriat secomel NUR MAIRA ADELIA...trima kasih Allah...!!!
Namun sebagai salah seorg khalifah di muka bumi ini jgnlah sesekali kita alpa akan rezeki dan kurniaan yg diberikan... jgnlah kita takbur mahupun riak dgn kurniaan sementara ini... kerana sy percaya ianya takkan kekal selamanya...!!! tiada yg kekal selainNya...!!!

Wednesday, June 9, 2010

Aku,Dulu,Kini & Selamanya...!!!

Aku adalah aku,tanggal 27 november 1986 ketika saat aku dilahirkan aku mula mengenali erti menangis,erti kelaparan,erti kasih syg..dari saat itu juga aku blaja menyayangi insan yg mengandungkan aku,melahirkan aku lantas menyusukan aku dari susu bdnnya....betapa aku menyayangi insan yg bergelar ma... abah pula bersusah payah bkerja mencari nafkah utk memberikan aku sesuap nasi dari rezeki yg halal... walaupun perit ternyata abah cikitpun xpnh mengeluh...oh abah aku teramat mnyayangimu...!!!

hampir 4 thn dibelai sebagai anak bongsu daripada 4org adik beradik yg kesemuanya perempuan ma melahirkan zuriat lelaki pertama dlm keluarga aku yg mane adikku dilhirkan lewat sehari daripada ulangthn k4 aku...

ternyata rezeki keluarga aku semakin murah,setelah abah bersusah payah membuat plbgai pekerjaan akhirnya Allah SWT memberikan abah pekerjaan yg lebih baik...syukur alhmdulillah...Rezeki juga semakin murah apabila ma melahirkan adik bongsuku 7 thn kemudiannya...!!

aku mendapat pendidikan awal di SRK Tg Indera Petra dan bjaya menamatkan pgajian sekolah rendah dgn result UPSR yg sederhana...kemudian aku menymbung pdidikan di sekolah menengah di sMK Zainab (2)... di sekolah ini lah aku blaja bnyak perkara mengenai erti kehidupan...aku mula mengenali ape erti kasih syg,persahabatan dan cinta...

Thn 2001 merupakan thn yg sedih buat aku apabila kakak kesayangku yg sulung telah dijemput menemui illahi ketika usianya bru sahaja 24thn...beratnya ku rasa dugaan ktika itu...!!! dugaan yg xmampu ku tanggung ini akhirnya menjejaskan result PMR aku...sekadar mendpt result yg sederhana abah ng ma cikitpun tidak menyalahkan aku diatas semua kegagalanku itu...

thn 2002 ku nekad utk memperbaiki pelajaranku...rezeki di tempatkan dlm aliran sains akan aku gunakan sebaiknya...alhmadulillah aku dh mula blaja menerima kenyataan... memahami erti kehidupan...!!! kegiatan ko-kurikulum ku ikuti dgn seaktif mungkin...!! ternyata aku gmbira ketika itu...juga mengenali erti cinta monyet...!! mengenali erti persahabatan....!!!

thn 2003 akhirnya thn itu ku mghadapi SPM,cepatnya masa itu blalu... Aimi,Linda,Wani,Zana adalah shabatku ktika itu... segalanya kami kongsi bersama... blaja,bermain,melepak segalanya dilakukan bsama...alangkah kalau masa itu dapat diundurkan kembali...aku ingin selalu menghabiskan detik2 24jam bsama mereka... namun selepas result SPM Wani,Zana lebih selesa berjauhan dan menyendiri dari aku... betapa aku kesalkan pershabatan berthn2 renggang bgitu aje... Aimi,Linda jgn tnggalkan aku dan ptuskan pershabatan kita k...Jnji kita akan berkawan sehingga mati..!!!!

Tuesday, June 8, 2010

30 something tentang wanita...!!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
 
Copyright joeja selamanya 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .